Celyn Resort Kundasang

Assalamualaikum

Ok, ni kesinambungan daripada kisah | Kiram's Village 2014 | tu hari. Patutnya post entri ni dahulu tapi gambar belum edit dan ada permintaan tentang kisah Kiram's Village tu, tu pasal cerita Kiram up dahulu. 

Tapi apa-apa pun selitkan dahulu gambar selpie Umi dan anak-anaknya itu ... kihkihkih gediknya aku tengok gambar ni :P

Ni pertama kali kami menginap di Celyn Resort Kundasang. Actually resort ni ada dua lagi cawangan hotel di Kota Kinabalu. Hari tu kami stay di Kinabalu Wing, menghadap Gunung Kinabalu gitu. Harga asal RM388nett tapi sekarang ada promosi so kami cuma bayar RM238nett termasuk percuma sarapan untuk dua orang. Rate untuk bilik yang lain korang checkitout di bawah ni :-

Sumber : Celyn Resort Official Website

Receptionist Counter di Celyn Resort ni. Servis dia ok, staffnya semua muka manis tersenyum je. 


View dari dalam bilik. ada beranda kat luar untuk bersantai sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Bestkan kalau hari-hari bila bangun pagi menghadap pemandangan macam ni. Relaks kepala otak dan fikiran. Tu yang kat luar Shumi dan Shamzi sedang bersantai2 dengan kazen2nya. Hari tu aku dan kakak sefamily sama2 stay kat resort yang sama. Bilik dorang sebelah jak. 

Kat bawah ni pulak pemandangan sekitar resort. Kat sini memang kabus tebal sikit. Dah namanya dipergunungan kan. Sejuk janganlah cakap. Menggigil gitu. 


Cik Alputih pun nak menyelit jugak ... 


Gunung Kinabalu ... yang ni wajib snap ye kalau ke Kundasang. Rasanya dah banyak gambar Gunung Kinabalu dalam simpanan aku tapi nak juga ambik. Maklumlah dari view yang berlainan kan. 

Gambar gunung agak jauh. Ni sebab lokasi resort ni ke bawah sedikit. Lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. 

Ni aku bagi sedikit panduan mungkin berguna (atau tak) kalau korang nak pilih lokasi penginapan di Kundasang ni. Kalau korang nak dekat sangat dengan Gunung Kinabalu tu, maknanya di kaki Gunung Kinabalu, korang boleh stay di Kiram's Village, Alphine D'Bayu Chalet, Mesilau Nature Resort, Dreamworld Resort Kundasang ataupun korang boleh pilih homestay-homestay yang terletak di sepanjang Jalan Mesilau, Kundasang.

Kalau nak lokasi yang strategik, maknanya korang senang nak gerak ke gerai-gerai sayur dan buah-buahan tu atau ke restoran yang menyediakan sayap ayam madu tu tapi pada masa yang sama masih dapat melihat Gunung Kinabalu secara dekat ... korang boleh stay di Kinabalu Pine Resort atau di Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA ataupun homestay yang terdapat banyak di Kampung Sinisian Kundasang

Semoga ianya membantu percutian korang di Kundasang!



10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tq share Mia..
    mmg ada plan nak ke Kundasang tahun depan..
    musim panas..nak tgk gunung kinabalu depan mata..
    dan tq share psl penginapan tu..
    berbaloi..

    ReplyDelete
  2. Entah bilalah kakak boleh sampai sana Mia
    Tengok ajelah paparan yg Mia buat di sini.
    Mendamaikan..

    ReplyDelete
  3. selamat pagi... singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  4. TQ berkongsi info2 yg amat berguna pasal Kundasang ni...
    Saya harap 2015 ni ada rezeki saya nak ke sana...dan akan pilih resort2 yg awak dah review sebelum ni :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya kak Mia..view macam kat oversea

    ReplyDelete
  6. huwaaaa...bestnya!!!
    ntah bila la kami nak sampai ke sabah..
    teringin sgt..tapi bila dok pk nk renovate rumah baru, terus x jadi..
    bnyk tempat nak pergi, tapi terpaksa ditangguhkan dulu..huhu

    ReplyDelete
  7. serius teruja nak p cuti-cuti ke sana. Nampak best sgt2...Mia doakan kami dpt jln2 sana ye :)

    ReplyDelete
  8. Cantik gambar hotel dari tepi tu....
    Okje dapat bayangkan kesejukan kat pergunungan tu Mia walaupun tak pernah sampai lagi....hihi....
    Walaupun mama selpie gedik tapi comey ar....betul ni tau....

    ReplyDelete
  9. Bestnya view kat sana. Berkabus. Fefeeling ada kar over the sea jer. kan. Aku mampu tengok jer lah. Nak gi sana tak tau lah bila.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post