Tebus Ganjaran di Astro Circle !

Assalamualaikum


Ganjaran di Astro Cirle ? Rasanya ramai dah tahu yang kita boleh menggunakan Points bil Astro kita untuk menebus ganjaran di Astro Circle ... cam korang tebus Bonus Link tu ..
Aku hari tu dah tebus sebiji bantal cushion dan juga bola sepak mini dari Astro Circle ni. Kemudian kumpul kembali points bil dan semalam dah selamat menebus 2 barang lagi :P



Astro Circle 24 x 8 Panelled Umbrella

dan juga

Astro Circle Pouch (Black)



Ok lah kan ... bukan nak kena bayar pun. Korang pilih-pilih ja barang kemudian tebus. Boleh lah juga hilangkan sakit hati sedikit bayar bil Astro yang semakin hari semakin naik tu ... upppss!
Kalau lah pihak Astro terbaca post ni, ni teguran ikhlas dari pelanggan mu .. tolongnya jangan ulang siar rancangan .. naik muak pula kita menontonnya.

Oklah tersasar sikit dari cerita asal. Ada yang tertanya-tanya macam mana nak tebus ganjaran ni. Senang ja, pertama korang check kat bil Astro korang, ada ke tertulis di sana 'mata ganjaran terkumpul' atau points. Jika ada, korang boleh register kat Astro Cirle dan login. Kemudian pegi ke Redemption Catalogue, korang pilih mana yang berkenan dan sesuai dengan jumlah points terkumpul korang ... bila dah puashati, tekan redeem now, lengkapkan alamat penghantaran dan submit! barang akan sampai dalam seminggu (yang ni ikut pengalaman pertama aku masa tebus dulu tu lah .. tak sampai seminggu, barang dah sampai).

Senang kan .. ok bai.


Note : Entri free bukan berbayar :P

 


  

7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Kita guna njoi ja kak hihi, syok arrr dpt brg free

    ReplyDelete
  2. eh eh ju xtau pula bole redem2 ni ??

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah redeem barang kat Astro Circle ni tapi barang ciput ajelah dah bayaran bulanannya pun ciput. Tak sukalah Astro ni suka ulangtayang. Kalau kita tak langgan channel tu, bukan main lagi tengok trailer gebak-gebuk berdeboom gitu. Bila kita subscribe aje, mulalah dia ulangtayang sampai muak. Dahlah kalau downgrade pakej kena caj!

    Oppsss...silap komen pulak ^_^

    ReplyDelete
  4. Selalu bila bil Astro sampai tak terlintas pun nak tengok point. Lepas ni nak tengok jugaklah manalah tau boleh redeem payung. Best jugak tu

    ReplyDelete
  5. Nak tanye,,mmg astro x charge kan kalau sign up astro circle then linked to our astro id number?

    ReplyDelete
  6. Salam saya nak tebus filem x boleh le barang boleh pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post