Musim Buah vs Musim Jerebu

Assalamualaikum

Apa khabar korang ?? dah start kerja ye, selepas beberapa bercuti. Anak-anak pun dah mula bersekolah. Liat nak bangun tu macam biasalah sebab dah seminggu bercuti.
Nasib baiklah Uminya ni masih lagi bercuti, esok baru mula berkerja. Cuti tahunan masih banyak bersisa so kena habiskan sebelum hujung tahun ni. Polisi company tempat aku bekerja ni hanya 7 hari cuti tahunan yang boleh di bawa ke tahun hadapan. Kalau tak habis memang burn gitu sahaja lah ye. Rugi pula kan, so cuti je lah. 

Bulan 9 ni adalah musim buah bagi negeri Sabah. Banyak buah-buahan tempatan dijual, maklumlah stok tengah banyak, musim buah, semua pokok mengeluarkan hasilnya. 
Durian, Langsat, Manggis, Tarap ... berlambak di gerai-gerai buah. Di sepanjang jalan-jalan raya yang menjadi laluan utama ke daerah dan bandar di Sabah seperti Jalan Tuaran-Tenghilan, Jalan menuju Sipitang, korang boleh tengok banyak gerai buah yang menjual buah-buahan tempatan dengan harga yang amat berpatutan.


Ni kengkononnya sedang menjolok buah. Ni buah pokok Sukun di belakang rumah di kampung. Sukun ni pun ikut musim kalau nak berbuah. 


Hari tu singgah di gerai buah di Tamu Tamparuli. Rambang mata bila melihat semua buah-buah tu, rasa nak borong ja semua tapi itu nafsu semata-mata. Jangan diturut sangat, membazir bila tak abis makan kan. hehe


Itu musim buah, bulan ni boleh dianggap musim jerebu. Bukan kata di Sabah saja, malah satu Malaysia. Kesian kita kan, orang lain punya angkara, kita yang menanggung akibatnya. Yang hairannya macam tak ada pula apa-apa tindakan ... emmm dah macam jadi musim tahunan pula ye, terpaksa menghirup udara jerebu.

Ni hubby snap semalam semasa kami ke 1B. Matahari pun kaler oren je, terselindung disebalik suasana jerebu. 



Ok lah .. nak sambung kerja balik. Nama je cuti tapi terpaksa juga siapkan powerpoint untuk training minggu ni. Nak jadi trainer katanya. kuikuikui.
Aku nak ngelak jadi cikgu tapi nampaknya arah tu ke situ juga ...


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. bestnya kak mia! sabah pun teruk ye jerebu.jaga diri ye

    ReplyDelete
  2. Ha.....mmg geram tengok buah yg pelbagai tu tp tulah...takut tak sempat makan, sudahnya membazir!

    Tulah pasalnya...tengok tadi kat highway pun kelabu jer mata, mcm kabus!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post