Dokumentari khas Malim Gunung di Tv1

Assalamualaikum

Semenjak kejadian gempa bumi di Ranau hari tu, nama Malim Gunung disebut-sebut sebagai penyelamat. True Kinabalu Hero! Dengan tenaga tulang 4 kerat dan kemahiran yang ada, mereka dapat menyelamatkan seramai seratus lebih pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu hari tu. 

Ada yang tidak mengetahui siapa sebenarnya malim gunung ni. Yang pernah mendaki Gunung Kinabalu memang dah tahu siapa mereka. Yang belum tahu, jom sama-sama berkenalan dengan mereka melalui dokumentari khas di Tv1 hari ini 16 Jun 2015, jam 9.05 malam.



Jasamu akan dikenang! Syabas juga kepada mereka2 yang terlibat dalam operasi menyelamat tempoh hari!



7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kini mereka semakin dikenali.. semoga usaha mereka selama ni diiktiraf... respect!

    ReplyDelete
  2. Alaaa...tak tengok pon. Besar jasa mereka.

    ReplyDelete
  3. Tak tengok pun Rancangan tu.....Bila sebut pasal Malim ni terbayang pulak Malim Kundang hihi...

    Malim ni kira hero gununglah yer Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post