Hidangan sempurna dari Mak

Assalamualaikum

Dah banyak tempat makan aku kunjungi. Menu dari yang bercirikan kekampungan hinggalah yang kebaratan. Memang sedap dan lazat. Ada yang 2 3 kali mesti berkunjung ke sana. Tak sah kalau tak makan lagi ....

Tapi ....

Selazat-lazat pun masakan itu, sangat sangat sangat tidak setanding dengan apa yang dimasak oleh mak. Mak bukan seorang tukang masak profesional, bukan chef, tidak ada belajar masak dari mana2 sekolah. Malahan mak aku seorang buta huruf ... tidak bersekolah. Tapi setiap kali dia masuk ke dapur dan masak .. setiap menunya tidak pernah mengecewakan kami 5 beradik. Tak perlu ayam goreng, tak perlu spaghetti carbonara, tak perlu burger cheese meleleh ...
hanya sekadar nasi kosong, ikan masin goreng, kangkung tumis untuk makan tengahari ... nikmatnya hanya Tuhan yang tahu. Sedap masakan mak tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa pun. 

Mak ... kami sangat bersyukur dengan apa yang kau berikan kepada kami selama ini. Kami hargai setiap titis peluhmu ketika menyediakan hidangan sempurna untuk kami semua. Bukan hanya hari ini tapi di sepanjang hayat kami tetap akan menyanjungmu mak .... 





4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. betul..kalau Mak yang masak, goreng telur pun sedap..

    ReplyDelete
  2. masa duk kampus dlu..balik kg. mak masak ikan goreng je. ya Allah sedapnyaa..

    tp ni mmg sedap, awal2 gambar ketam hehe


    bdw. Salam perkenalan. 3 tahun bercuti dari berblogging. Cuba bermula semula :)

    ReplyDelete
  3. Tangan mak mmg terbaikkan Mia!..... Tangan dialah yg membesarkan kita sampai besar cenggini hihi.....
    Bangganya kita, sebab kita pun jadi mak jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post