Bulan cukai!

Assalamualaikum

Dah masuk bulan Mac ... bulan extra budget untuk aku. Bulan ni nak hidupkan insurans dan road tax si Al Putih tu ... bulan ni juga nak temu janji untuk service ... budget kurang2 pun dalam RM300 untu service emmm ... 
Bulan ni juga sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ... kononnya ... wajib mendeclare pendapatan. 
Bulan membayar cukai gitu ...

Semalam dah try masuk e-filing tu tapi balik2 ni kena 'tendang' keluar. Agaknya sistem baru nak warming up, sebab baru buka 1 Mac tu kan.
Aku agaknya sangat bersemangat nak declare awal2. Bukan apa, susah bila ko dah bertangguh buat kerja tu. Bila dah niat dalam hati, nantilah aku buat, besoklah aku buat, last2 sampai due date tak buat2. 
Last minit kerja memang kelam kabutlah jawabnya. 

Kalau yang dah try masuk e-filing tu, perasan tak, 'wajahnya' dah berubah. 
Dan sekarang, kita boleh terus buat bayaran cukai menggunakan kad kredit atau debit melalui satu portal khas yang baru diperkenalkan oleh LHDN. 
So tak payahlah kita nak beratur panjang di kaunter bank atau LHDN untuk membayar cukai tu. 

Tapi kan, bagi aku, baik buat potongan cukai setiap bulan. Senang. Bila masa mendeclare kita cuma tunggu samada kita terlebih bayar atau kurang. 
Jika terlebih bayar, jangan bimbang sebab pihak LHDN akan kembalikan lebihan bayaran tu kepada kita dalam masa 2 minggu. 

Ok dah cukup cerita pasal cukai2 ni. Kadang2 tu cam rasa terbeban pun ada kan, tapi dah itu kewajipan sebagai rakyat Malaysia so buat je lah. Moga2 semua cukai yang kita bayar itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk kebaikan dan kemajuan negara gitu ... TaTa!


Note : ini bukan entri khas untuk LHDN ye



11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. bulan cukai ek
    anum bulan 5 nanti

    ReplyDelete
  2. saya dh selamat claim semalam..sakit hati hoii byk giler potong tahun lepas ggrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a cam tahun lepas byk pula potongan. Bukan hari tu dalam budget cukai pendapatan dah reduce ke ... hmmm

      Delete
    2. A'a cam tahun lepas byk pula potongan. Bukan hari tu dalam budget cukai pendapatan dah reduce ke ... hmmm

      Delete
  3. sebut cukai, mengigil satu badan. hahaha

    ReplyDelete
  4. sy blm dpt EA form lg.. blm bleh declare..

    ReplyDelete
  5. rakyat yg bagus awak ni..hahaha
    1 Mac dah gigih bayar..bagus...bagus..
    Jangan suka bertangguh,

    ReplyDelete
  6. Percaya tak sepanjang hidup okje tak pernah isi form bayar cukai semua kekanda Arjuna hamba yg buat hihi....Sejak dari isi form hardcopy sampailah form softcopy...
    Mak tau sign jer...

    ReplyDelete
  7. X isi pun lg. mmg skt hati tgk amount yg dibayar tu. Nasib la buat potongan setiap bulan. Klw x fengsan woo.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post