Great British Circus!

Assalamualaikum

Korang ingat ke ... kalau musim hari raya zaman budak2 dulu, rancangan kat Tv1 atau Tv2 mesti ada pertunjukkan sarkas tu. Dulu kan mana ada Astro (stesen tv ulang tayang 100 kali) huhu ... kami boleh tengok Tv1 dan Tv2 jak. Tv3 masa tu kalau kawasan kampung memang tak dapat kecuali mereka yang guna aerial khas. Kami cuma guna aerial besi yang diikat pada batang buluh dan dipacakkan setinggi bumbung rumah. Semakin tinggi semakin jelas siaran gitu ... 

Tapi aku bukan nak cerita pasal aerial tv ke apa ... nak cerita pasal sarkas. Budak2 dulu aku suka tengok rancangan ni. Tengok orang buat aksi akrobatik pastu ada badut yang pusing2 bola. Ada binatang yang disuruh buat itu dan ini ... rasa cam best sangat.

Tapi bila dah menjejak dewasa (ceh ayat hehe) .. dah tak minat rancangan ni. Sehinggalah tetiba ada satu kumpulan sarkas dari UK buat show di KK selama sebulan cuti sekolah yang lalu. Bulan 12 tu. 
Aku cam teruja juga nak tengok. Yalah masa budak2 dulu selalu tengok kat tv jak, ni tengok secara live gitu. 
So check2lah kononnya harga tiket sarkas tu ... mak aihh harga, mahalnya. 

sumber : Whatapps

Bila dah tengok harga tiket tu .. kira punya kira, budget untuk kami sekeluarga dekat 100 lebih juga. Emmm ... cam luntur semangat nak tengok. Paham2lah bulan 12 banyak nak pakai duit. Kan nak mula sekolah, banyak yang nak dibayar. 
Nasib baik belum janji dengan anak2 nak tengok sarkas tu.

Dan tiba2 pucuk dicita ulam mendatang ... bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal ... rezeki kami sekeluarga agaknya bila ada seorang rakan yang baik hati sponsor kami sekeluarga menonton pertunjukkan sarkas ni ... FOC gitu. 

Dapat tiket vvip gitu ... terima kasih untuk yang sponsor tu. 

Bila aku bagitahu anak2 yang kami akan pergi ke pertunjukkan sarkas tu ... wah excited gitu ... kata dorang mesti ada binatang cam dalam filem Madagascar tu.
Tapi aku dah bagitahu dorang awal2 tak ada binatang pun cuma orang yang buat aksi akrobatik. Aku dah tanya dengan kawan2 lain yang telah menonton pertunjukkan sarkas ni. 

Kitaorang pun pegi 2hb Jan tu. Sebab tu jak ada masa. Tonton pertunjukkan jam 8.30 malam. 2 jam show gitu. So habis dalam jam 11.00 malam. 

Acara nak bermula


Sebelum masuk hubby dan anak2 sempat bergambar dengan orang tinggi ni. Ni rasanya yang kedua tertinggi di Asia ke apa tu. Tak ingat dah. Berasal dari Pakistan. Tinggi kan ... hubby paras pinggang jak.


Antara pertunjukkan hari tu. Banyak buat aksi akrobatik jak. Ok lah, aku tengok anak2 pun ekcited juga walaupun tak ada pertunjukkan binatang. 
Lagipun foc ... tak kan nak komplen lagi hehe



7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Seumur hidup blom pernah tgk live sarkas. Biasa tgk di tv je ^^..alhamdulillah rezeki Mia dpt tiket free.

    ReplyDelete
  2. Rare betul kalau dapat tengok pertunjukkan sarkas secara live ni. Biasa tengok kat TV je takpun tengok dalam filem Hindustan, Mera Naam Joker.

    ReplyDelete
  3. seronoknya tgk persembahan circus secara live....
    Huwaa, tetiba nak pegi tgk juga bila baca entry ni...

    ReplyDelete
  4. kak mia..sarkas ni dah sampai tawau seminggu lalu..ramai orang gi tgk..tapi tiket mahalnya..luntur trus smgat mo tgk..huhu..

    ReplyDelete
  5. Zaman dulu kalau Hari Raya mesti ada rancangan Sarkas kat TV. La ni dah tak de yek....
    Seingat okje, okje pernah tgk sarkas live ni sekali....tu pun masa kecik dulu. Abg yg ajak. Mmg ada binatang masa tu.
    La ni mcm tak de lagi jer kat KL ni. ......
    Hihi...yelah takkan nak banyak komplen, dah untunglah tu bawak badan jer tengok sarkas

    ReplyDelete
  6. wau untungnya dapat tengok pertunjukan free ni.

    bukan selalu dapat tengok. saya pun belum dapat tengok secara live lagi

    ReplyDelete
  7. mak oii, tingginya mamat pakistan tuuu..

    sy lom prnh bawak anak2 tgk sarkas. skarang ni, tengok sarkas kt TV pun dah jarang-jarang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post