Koki Bandung lagi

Assalamualaikum

Memandangkan hari tu hubby dah bawa aku pegi bershawarma berdua.....hari sabtu tu giliran Mam Besar pula membawa anak-anak dan hubby menjamu selera...hehe

Aku tak bawa ke tempat yang sama hubby bawa sebab aku tahu selera anak-anak aku...dorang tak berapa gemar makan nasi yang berempah-rempah ala ala beriani tu. Jadi kitaorang pegi ke satu restoran ala ala indon ni.

Kami sebenarnya dah tiga kali makan di sini....so yang ni ke 4 kalilah kiranya....



Restoran Koki Bandung....menghidangkan makanan ala ala Jawa gitu. Menu utama tentulah Nasi Ayam Penyet yang menjadi kegemaran Shumi dan Shamzi. Nasi Kambing Penyet juga menjadi menu special di restoran ni. Sebab tu lah rasanya ianya menjadi restoran pilihan JJCM TV3 tu.



Ni aku tak tahu pose versi apa......versi kepala lentok agaknya. Bila aku snap, cam berjanji jak tiga beradik ni



Antara menu-menu pilihan hari tu


Suda semestinya Nasi Ayam Penyet



Ni pula Pecel Lele ataupun Ikan Keli goreng 



Ni yang menyebabkan Ayam Penyet dan Pecel Lele menjadi ummpphh bila dimakan dengan nasi panas. Pedas dan juga manis pedas

Dan ni yang menyebabkan aku dan hubby teringin nak makan di sini lagi.....

Sup Ekor Lembu....Semangkuk untuk dua orang makan ni berharga RM16.00
Tapi berbaloi dengan rasanya.....sedap, rempah ratus semuanya cukup. Dagingnya pula lembut jak. 




Note : Terapi yang menyenangkan untuk aku bila melihat anak-anak gembira dan makan dengan penuh selera :D






13 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wahhhh....sedappp nya tgk nasi ayam penyet tu..sambal pun menyelerakan...:)

    ReplyDelete
  2. amboiiiii...saje je tau buat terliur ni!

    ReplyDelete
  3. Nasi ayam penyet kalau sambal dia sedap mamang barulah sedap Mia. Sambal itulah yg membangkitka selera

    Tiga buah hati sehati sejiwa possing lentok:)

    ReplyDelete
  4. arghhhh tgk sambal nasi ayam penyet tu... aishhhhh terus lapar....

    ReplyDelete
  5. aku pulak yg teringin nak makan sana..haruskah aku kesabah semata2 nak makan ayam penyet ngan sup tulang tuh...heheh

    ReplyDelete
  6. ayam penyet tu yang menyedapkan adalah sambalnya ! kalau sambal sedap, mmg sedap la..hehe

    ReplyDelete
  7. yes... sedapnya ayam penyet bergantung pada sambalnya, dan senyuman anak2. amboi posing style lentok pulak yer skang ni, si Damia tu pun pandai niru abang2 nya.

    ReplyDelete
  8. sedapnya MK......aduyaiii...tp tu la yang last sekali tuh yang buat darah i naik kejap..eh kejap apanya...sehari semalam...sampai terpaksa baring je....

    ReplyDelete
  9. sambal nasi ayam penyet tu yg tak tahan nengoknya...kalau kat sini,lain tempat lain rasanya...

    ReplyDelete
  10. aduh Mia ayam penyet..di mana ni Mia..mau menry juga ni..

    ya bah kn Mia..happy tenhok ank2 selera mkn..^'^

    ReplyDelete
  11. Ayam penyet ni sebenarnya biasa biasa jer kan Mia...tapi bila lama tak makan macam teringin jugak hehe

    ReplyDelete
  12. amboiiii syumi..suka makan lambing penyet...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post