Kilat Memancar, Guruh Berdentum

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Tajuk gempak tak ingat....hehe
Bukan apa , lately anak-anak aku si Shumi dan Shamzi mempunyai sifat ingin tahu yang kuat tentang kejadian alam semulajadi kita.

Baba Baba, pelangi tu asal dari mana.....macam mana boleh jadi kilat, puting beliung macam mana pula kejadiannya ??
Ambik ko nak jawab soalan bertubi-tubi dari dorang Shumi dan Shamzi. Memang kita akan jawab semua tu ciptaan ALLAH swt kan, sebab memang wajib bagi jawapan tu. Tapi soalan tu berbentuk ilmiah, takkan itu yang dijawab dalam periksa pulak kan....;p
Memandangkan aku kurang berbakat sikit dalam bab-bab menerangkan tentang semua tu (tu pasal tak layak jadi cikgu...huhu), tugas menerangkan semua tu aku serahkan kepada mereka yang lebih berkelayakan, tak lain tak bukan Babanya.....cikgu sekolah lah katakan....aku kiranya bantu sikit-sikit jak....betulkan ayat Baba misalnya, takut terlampau saintifik....

Hubby pun mulalah memerah otak, cara terangkan yang paling sesuai dan mudah difahami oleh Shumi dan Shamzi. 
Kalau terangkan gunakan gambar-gambar tu semua mesti kurang sikit realnya.....last-last, kan sekarang ni zaman teknologi....gunakanlah kemudahan yang ada. On lap top, klik google, taip Youtube.....jangan nak Youtube lagu dan video klip sahaja, banyak lagi benda yang berfaedah boleh kita perolehi daripada Youtube ni. 
So searchlah kejadian kilat, kejadian puting beliung, pelangi tu semua. Selain daripada video klip, ada juga yang telah uploadkan eksperimen kejadian tu semua, contohnya kejadian puting beliung tu......

Tercongoklah Shumi dan Shamzi depan lappy menonton dengan penuh minat dan ingin tahu. Kata orang kemudahan dan teknologi yang ada sekarang ni kalau di gunakan dengan betul akan mendatangkan faedah.....kalau disalah gunakan maka buruklah hasilnya.
Hubby pun tak lah penat nak memerah otak mencari idea untuk terangkan dorang Shumi dan Shami tentang benda tu semua..... :D









Laman Youtube yang di tonton berjuta2 pengguna di seluruh dunia. Sesiapa pun bebas memuat turun dan melayari laman ini. Termasuklah anak-anak kita. Kadang kala kalau berjalan di luar, ada juga aku ternampak anak2 dalam lingkungan umur sekolah rendah sedang asyik menonton video klip di laman Youtube menggunakan tab atau ipad.
Dari pengamatan aku, anak itu sendiri yang menaip dan memilih video mana yang dorang hendak tonton tanpa pengawasan ibu bapanya. Bukan aku hendak menyibuk ke apa, tapi bagi aku, anak seumur itu tidak patut dibiarkan membuka laman ini atau mana2 laman sosial lain tanpa pengawasan ibu bapanya. Lebih-lebih lagi pada umur ini anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Jika buruk yang ditonton maka buruklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu orang kata, pendidikan bermula dari rumah. Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mencorak masa depan anaknya. Tak gitu ??



Happy Working !!

Note : Berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak ku. :D






24 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Betul Mia sekarang ni kalau tak dapat cari aje online. Macam kakak tempohari ada client tak tahu cekor, kakak google tunjuk pokoknya. Senang sebab nak suruh dia buat beras cekor utk sapu kat tangan dia yg kebas-kebas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a skg semua maklumat google jak kat internet. Tp tu lah bkn semua boleh di percaya kan kak.

      Delete
  2. zaman sekarang dah senang untuk bagi anak2 faham kan mia? boleh browse net and try to explain to them... lagi2 kalau ada alat bantuan visual... *_^ bila anak dah meningkat memang nak kena buat research lebih kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita yg kena bijak gunakan semua kemudahan tu kan.

      Delete
  3. Sia setuju dengan pendapat ko tu...

    ReplyDelete
  4. bgus untuk pengembangan kanak-kanak yg baru nk ningkat besar..alatan canggih bkn utk bkn2 tp bnde yg berfaedah..

    ReplyDelete
  5. betul..budak2 skang pandai ajer search sdr apa yg dorg nk tgk dr youtube.Mmg kene pantau,even ada rancangan kartun yg kutg sesuai utk budak2.Haritu adalah anak2 duk tgk citer annoying orange.Memula buat x tau ajer...ingatkan citer bebudak untill one day adik ipar ckp citer tu x elok ditgk dek budak2.Aduss...

    ReplyDelete
  6. Bagus sifat ingin tahu anak2 tuh mia..tp nak kena explain tuhlah kena dlmbhs yg paling mudah depa pahamkan kan..
    Bahaya kang kalau internet nie anak2 bebas guna..kita ibubapa kena pantaulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ummu....mesti pandai terangkan kat dorg.....
      Penggunaan internet ni mmg nak kena pantau terutamanya anak2 bawah umur ni..

      Delete
  7. betul tu mia...anak2 lieya yg darjah 2 dan 1 tu pun dah pandai gune youtube tapi kene kawal gak sbb takut leka dan tgk bende bukan2 kan...skrang ni dieorg dlm proses pembelajaran....manjang jek laa bertanye kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn anak aku yg darjah 1 tu...dah pandai beryoutube tapi kena pantau lah....huhu

      Delete
  8. Cikgu You Tube jugak yang berjasakan Mia hehe... Tapi mmg betul naik pening kepala jugak kalau nak menjawab soalan anak2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik...klu x payahlah kami mencari alat bantu mengajar segala utk terangkan tu semua...hehe

      Delete
  9. bila anak-anak dah makin pandai bertanya so, kita pun kena standby ngan jawapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran ibu bapa zaman skg ni......anak2 semakin bijak bertanya ..

      Delete
  10. baguih2ler kena manfaatkan apa yang ada... baruler hidup berseri2...
    anak2 sekarang memang bijak jadi kita ibu bapa kena lebih bijak...

    ReplyDelete
  11. btul tu, kekadang seram jerk tengok bebudak kecik dah pandai tengok YT sensorang.. lagi canggih teknologi lagi mudah kita terdedah dengan bende yang bukan2 kan.. kita sbg ibu bapa kena kawal lah kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post