Ampap Ikan....


Tiba-tiba jak malam ni mo kongsi resepi dengan semua....actually masakan ni biasa kita jumpa di Sabah tapi mempunyai taste yang berbeza mengikut suku kaum di Sabah...so resepi ampap ikan yang saya nak kongsi ni kira2 versi Jawa sebab dapat resepi ni dari my mom yang berketurunan Jawa....
Bahan- Bahan :-
Ikan (memang wajib le sebab suda namanya resepi ampap ikan, mestilah ada ikan...ikan apa2 jek ikut selera)
Serbuk Kunyit (sebenarnya resepi asal menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk lumat tapi memandangkan ambil jalan mudah gunalah serbuk kunyit kunu)
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Air Asam Jawa
Garam
Gula
Cili Padi
satu sudu minyak masak
Cara-Cara Masak :-
Susun ikan dalam kuali ke periuk ke belanga ke....apa2 ja janji bole masak....halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi di hiris kasar2
kemudian taburkan ke atas ikan tadi....simpan sedikit air dalam serbuk kunyit, sebatikan kemudian tuangkan ia ke dalam belanga yang ada ikan tadi tu.....kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan minyak masak tadi...tambahkan air tapi jangan terlampau banyak pulak nanti jadi sup ampap ikanlah pulak....sebenarnya ampap ikan tida berapa sedap kalau berkuah betul....kiranya air yang di tambah tadi tu adalah untuk mengelakkan ikan menjadi kering dan hangus....kemudian kesemua bahan2
tadi digaul sehingga sebati...lepas tu baru lah hidupkan api...api sederhana jak...reneh ikan kira2 dalam masa 10 ke 15 minit, lepas ni dah bole makan ngan nasi yang panas...emm terliur ke......mudah dan cepat kan.....
^
^
^
^
^
Tada.......ni lah rupa ampap ikan tu...tapi yang ni dah separuh dimakan sebab lapar...sedang asyik makan baru teringat nak kongsi resepi ni......

3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post